PENGENALAN DIRI

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan jutaan terima kasih kerana anda semua sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya. Untuk pengetahuan semua pembaca, ketika ini saya masih berumur 19 tahun dan masih melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Saya merupakan siswazah Diploma Sains (Matematik) bagi semester 4 dan masih berbaki satu semester sebelum menjalani latihan industri seterusnya menamatkan pengajian dalam Diploma.

Nama diberi ialah Nur Hanies Izleen binti Roszaini. Saya dilahirkan pada 09 September 2000 di Hospital Kuala Kangsar dan dibesarkan di daerah Kuala Kangsar, Perak. Saya merupakan anak bongsu daripada tiga adik-beradik. Pada awalnya, saya merancang untuk menjadi seorang jurutera tetapi apakan daya, rezeki tidak menyebelahi saya untuk menceburi bidang kejuruteraan. Jika diizinkan, mungkin saya akan menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa. Semua ini akan dilakukan sekiranya mendapat keizinan daripada ahli keluarga. Sekiranya saya mempunyai waktu lapang, saya suka menggunakan waktu tersebut dengan mendengar lagu dan mengemas rumah. 

Sekian sahaja pengenalan diri daripada saya, diharapkan daripada perkongsian ini sedikit sebanyak membantu pembaca untuk mengenali diri saya.

Comments